Saturday, June 20, 2009

Manek Urai: Umno berpecah dua

Peluang Umno menang di Manek Urai bukan hanya ditentukan oleh calon yang sesuai tetapi juga sama ada dua kumpulan Umno dalam bahagian tersebut, boleh bersatu.

Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika satu kumpulan tidak menyokong, Umno sukar menang di Manek Urai.

Jika tidak ditangani segera, kata sumber itu, jentera kempen BN Manek Urai boleh berpecah kepada dua kumpulan.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama.

"Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005," kata sumber kepada Malaysiakini.

Isu jawatan ketua bahagian

Sumber itu mendakwa Ramzi telah menyingkirkan semua orang Zaid - sama ada di peringkat bahagian mahupun di cawangan-cawangan.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat Umno bahagian pertengahan tahun lalu, 28 cawangan mahu mencalonkan Wan Zaid bertanding jawatan ketua bahagian Kuala Krai.

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal kerana mesyuarat mereka dikatakan tidak sah dan sekaligus gagal mencalonkan Wan Zaid untuk mencabar Ramzi.

Berikutan itu, Ramzi mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian tanpa bertanding.

"Tetapi pengaruh Datuk Wan Zaid di sini masih banyak lagi kerana disokong oleh 28 cawangan.

"Sebab itu masih ada orang Umno yang berharap beliau dicalonkan untuk bertanding di DUN Manek Urai," katanya.

'Peruntukan tak cukup'

Menurutnya lagi, jika isu antara Ramzi dan Wan Zaid tidak ditangani, maka jentera pilihanraya BN Manek Urai tidak bersatu padu.

Tambahnya, sehingga hari ini ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing.

"Ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil.

"Sebab itu, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihnaraya," kata sumber itu.

DUN Manek Urai mempunyai sembilan peti undi.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penanamaan calon dan 14 Julai hari mengundi.

Monday, March 2, 2009

8 CALON INDIA TELAH MENAWARKAN DIRI UNTUK MEWAKILI PKR
Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut.Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR Jerai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai).Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok.Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik.Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.DUN Bukit Selambau kosong berikut peletakkan jawatan V Arumugam sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco Kedah.Pilihan pucuk pimpinanDalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi.Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.Manakala kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.Selasa lalu, Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, mengesahkan tidak akan bertanding sebaliknya menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai pengarah pilihanraya kecil DUN tersebut.Menurut Loganathan, penduduk di Bukit Selambau memerlukan calon yang lantang bersuara, ikhlas dan tegas dengan perjuangan parti.Bagaimanapun, katanya, keputusan akhir pemilihan calon yang bertanding akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut.

Thursday, February 26, 2009

Saiful Izham Tak Bertanding Ketua AMK Kedah, meran...
Saiful Izham Tak BertandingKetua AMK Kedah, merangkap Ketua AMK Bahagian Merbok,Saiful Izham Ramli hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau 7 April ini.Dihubungi Malaysiakini semalam, Saiful berkata, beliau tidak menawarkan diri untuk bertanding sebaliknya mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah pilihanraya kecil tersebut.Semalam, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pihaknya telah mengenal pasti empat calon untuk pertimbangan pucuk pimpinan bertanding di situ.Mengulas perkara tersebut, Saiful berkata, terserah kepada PKR pusat untuk menentukan calon yang sesuai.Kerusi DUN tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam meletak awal bulan ini.Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.Tempoh penggantunganManakala kertas pencalonan Saiful Izham yang mewakili PKR ditolak SPR atas sebab-sebab teknikal.Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.Terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.Menurut Saiful Izham, pilihanraya kecil di Bukit Selambau melibatkan 22 daerah mengundi dengan 64 peti undi.Mengulas mengenai kesilapan teknikal tersebut, Saiful berkata, ia berlaku kerana SPR menganggap beliau masih dalam tempoh penggantungan.Menurutnya, ia kerana SPR mendakwa beliau melakukan kesalahan kerana tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya bagi tahun 2004.Ceramah bermulaBerikutan itu, jelas Saiful, kertas pencalonannya ditolak dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Penggantungan tersebut berkuatkuasa untuk tempoh lima tahun mulai 2004, tambahnya.Saiful berkata PKR dan PAS telah membuat persediaan termasuk membuka bilik gerakan dan memulakan siri ceramah sejak tiga minggu lalu.Ditanya mengenai 'mood' pengundi di Bukit Selambau, beliau mendakwa, mereka, termasuk pengundi atas pagar, kini dalam kemarahan ekoran rampasan kuasa BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak."Kita begitu yakin untuk menang walaupun BN meletakkan calon Umno atau MIC. Tidak ada perbezaaannya."PAS dan DAP memberikan komitmen sepenuhnya untuk memenangkan calon PKR," kata Saiful.Petikan dari Malaysiakini.
draft
by AMK MERBOK
Delete